Thursday, June 30, 2011

TanGaN AyaHanDa...;)

Last two weeks I have watched two dramas which links to father’s day. The first telemovie titled ‘Sayang Abah’  http://jiwang.net/2011/telemovie-sayaaaang-abah-2011/  was aired on Astro prima and the second drama titled ‘Tangan Bapa’ was aired in TV2. Both dramas were unique with their own storylines. I don’t have to explain about the drama but I can guarantee that they are good. Of course when we talk about father there should have son, daughter or both in the story. What’s about? There’s love, courage, sacrifice, lesson, hurts, tears and so on. Between the two story, I admit that the ‘Sayang Abah’ has made my tears draining. Meanwhile the ‘Tangan Bapa’ have their valueable lesson which have some connections with my life.


It’s about me and my ayahanda(father), Syed Hashim b. Syed Abu Bakar. I’m so proud to have him as my ayahanda. Yet, I’m so grateful he still alive, healthy and live happily with my bonda. Thank you Allah for the priceless gift. Ayahanda is a former post-man. Now, he worked as a headmaster at S.R.A.R Al-Rahmaniah at my residential areas. My ayahanda is quite well known by people around the place he live and not too much if I said most people respect him as a person called ustaz/ imam surau. However, my ayahanda always stay humble and tried his best helping people who need his help. At the school, most of his students scared of him because he is quite firm but among others (relatives,friends,neighbours), they think that my ayahanda is a humourous and slightly hot-tempered. Honestly, my ayahanda is my bestfriend ever in the world. He always listen to my story/problem also I’m the most pampered with him haha..xD

My ayahanda is a strict person towards his children. When I was a kid, I always ask myself “Why ayahanda so ‘garang’?”; “Why he always say ‘tak boleh’ to do or to have something?” ; “Why he strictly forcing us to ‘sembahyang’, ‘baca Al-Quran’(in front of him every evening before went out to play), and ‘hafal surah-surah Muqaddam’”. Actually there’s more but these are several of my top questions. After I entered to UiTM, I realized I found all the answers for all my questions. When I had an Industrial training at Jabatan Mineral & Geosains (JMG), my supervisor told me that he felt so worried about kids nowadays. Most of them ‘tak berapa menjadi’ which means social problem(the major ones). He said to me “kamu bertuah sebab dah jadi orang”. On that time I realized my parent did it. When I was a kid, I made all the good deed because of my ayahanda but as time passes it changed. I always keep in my mind that I did everything because of Allah. Alhamdulillah everything went well but still, I always seek for the best and keep improving myself to be a better person.InsyaAllah..

That’s how ‘Tangan Ayahanda’ did to me and my siblings. He trained us very strict but he never forgets to give his love and courage. He give us more than what we need in this world. Now, we all have grown up. It’s up to us how are we going to face the real challenge in life. Ayahanda can’t promise wealth, happiness and long-live life but as long as we follow his advice and all the knowledge(world & hereafter) he gave to us it will provide us a better life. InsyaAllah.. Ayahanda always reminds me this each time before we ends our phone conversation, “sembahyang jangan tinggal!!”. xD  



Ayahanda..may Allah bless you always. Stay healthy & live happiness in this world and hereafter. May all ayahanda’s best wishes comes true..I love you Ayahanda..=)      

Monday, June 6, 2011

opps....salah kenduri??

Hidup mestilah rukun..
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu..
Oh..oh..oh.. xD
(selamat pengantin baru by saloma)


Hujung minggu ni sudah genap seminggu cuti sekolah berlalu. Masih ada lagi seminggu sebelum sekolah dibuka semula. Menjelang cuti sekolah dua minggu ni ramai orang buat perancangan. Masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri. Ada yang pergi melancong, ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang nak jalan-jalan dengan 'ehem-ehem' dan ada juga yang  nak lepak je dirumah. Tidak dilupakan 'hot event' yang wajib ada setiap kali cuti sekolah tiba iaitu majlis perkahwinan@ kenduri@ jamu nasi minyak@ menikoh dan macam-macam lagi la yang membawa maksud yang sama iaitu meraikan penyatuan dua jiwa yang saling menyintai antara satu sama lain. ewahh...xD

jewelry-shoes-clothing.com

Setiap majlis perkahwinan ada kisah, ragam dan sejarahnya tersendiri. Dari bab persiapan pengantin hinggalah ke meja makan. Ada saja ceritanya. Perkahwinan kakak saya yang juga majlis perkahwinan yang pertama dirumah dua tahun lalu antara majlis yang boleh dikatakan success la. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar atas bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Paling penting para tetamu yang hadir kenyang dan senang hati hehe..

Cuti sekolah dua minggu je tapi dirumah kami kad jemputan walimatul urus bertingkat mengalahkan surat bil (telekom,bb,astro,cc dll). Ish2..itu baru 2 minggu cuti sekolah. Ada yang buat dirumah, didewan, lebih eksklusif kat hotel, Yang banyak duit orang sekarang buat majlis perkahwinan ala-ala dalam taman dan macam-macam lagilah huhu..Selain tempat yang berbeza, masa juga menjadi taruhan. Kebiasaannya dibuat pada sebelah siang. Ada juga majlis yang berlangsung pada sebelah malam. (dalam kes ni mungkin ada yang nak buat kelainan dan ada juga mungkin berdepan dengan masalah teknikal seperti tempahan dewan)

Ok..cukuplah briefing haha..Nak dijadikan cerita baru-baru ini ayahanda dan bonda mempunyai dua undangan walimatul urus anak kepada sahabat handai dari dua tempat yang berbeza tapi tak jauh. Selesai undangan pertama mereka ke undangan kedua. Jika undangan pertama berlangsung dirumah manakala undangan kedua pula berlangsung didewan. Tiba didewan bonda merasa hairan kerana dia tidak mengenali seorang pun tetamu disitu. Datanglah seseorang menjemput ayahanda dan bonda menjamu selera. Mungkin dia nampak ayahanda dan bonda terkebil-kebil setibanya dipintu dewan. Bonda hanya minum kerana kekenyangan manakala ayahanda tidak mahu melepaskan peluang menjamu selera memandangkan menunya agak menarik. Selesai menjamu selera bonda tekad mahu menemui tuan rumah. Alangkah terkejutnya bonda bila mendapati tuan rumah itu bukanlah sahabat mereka tetapi orang lain yang turut menyewa dewan tersebut. Mujurlah tuan rumah itu memahami dan tidak kisah atas kehadiran ayahanda dan bonda. Jadi, dimanakah sebenarnya kenduri sahabat mereka?  
walimatuna.wordpress.com


"Ce tengok balik kad tu..kot dema buat kat ghomoh (rumah) ke?" soal bonda. Ayahanda check semula kad tersebut dan mendapati tarikh dan tempatnya sudah betul tetapi...... "la..kenduri tu sebelah MALAM!!!" Masing-masing terkedu dan berasa cuit hati dengan apa yang berlaku. Pun begitu, mereka tidak dapat menghadirkan diri kenduri yang berlangsung pada sebelah malam itu kerana hujan lebat selain bonda kurang sihat. Alahai..kasihan ayahanda dan bonda. Banyak sangat kad undangan yang diterima jadi memang tiada masa la nak semak satu persatu ayat semua kad undangan. Silap tuan rumah yang mengundang juga kerana tidak mengingatkan kenduri tersebut berlangsung pada sebelah malam. Sudah jadi kebiasaan kenduri berlangsung disebelah siang. Sejak peristiwa tersebut bonda mengingatkan supaya melihat waktu berlangsungnya majlis perkahwinan apabila menerima kad undangan. 

Moral of the story, bila nak attend kenduri sila la pandang-pandang..belek-belek..kad jemputan tersebut. Paling utama nama yang menjemputnya selain tempat, tarikh dan...... MASA..xD Pastinya ini menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan oleh ayahanda dan bonda...=)  Wassalam..     

bunga telur kenduri kakak..=D

Monday, May 23, 2011

It's not easy to be you..

Hmm..agak lama aku tinggalkan blog aku ni. Bukan takde masa tapi idea nak diketengahkan tu macam tak seberapa. Lagipun bukannya ramai pengikut blog aku. So, aku decide nak update blog lepas final exam. Selesai exam aku fokus pada final year project (fyp) dari draf hinggalah persediaan untuk presentation. Aku tak mahu ulas pasal fyp kat chapter ni. Tak best pun. Urmm..dari mana nak mula ye.. Pada hari selasa (17/05/2011) aku teruja sangat bila mak ayah aku nak mai ambil aku kat Arau. Mereka bermalam di Kangar Hotel betul-betul atas restoran KFC. Bak kata ayah, nak beli kfc hulur bakul dari tingkat atas jek hehe..tapi tak beli pun..xD

Pendekkan cerita esoknya kami berangkat pulang ke ipoh. Aku memang teruja sangat nak sampai rumah. Tapi bila masuk je dalam rumah..O.O OMG!! rumah ke gudang. Adoi..macam tongkang pecah. Actually aku dah boleh bajet keadaan rumah sebaik aku jejakkan kaki dimuka pintu. Malam tu dah la letih sangat. Tiba-taba datang pula anak kawan sekolah ayahanada dan bonda. Ada la urusan yang aku memang tak mau ambil tahu sangat. Tepat jam 12 kami semua terus tidur.


Keesokkannya bermulalah kehidupan ala cinderella (yang agak kesian). Setiap urusan yang aku lakukan dibuat secara beransur-ansur. Disebabkan aku berseorangan dirumah pada siang hari maka kerja aku berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan. Pun begitu kadang kala aku megeluh jugak sebab kerja yang tak pernah habis. 


Sebenarnya yang aku nak highlightkan disini ialah bonda aku. Yup..this year mother's day dah beberapa minggu berlalu. Tapi aku tak meraikan pun sebab bagi aku setiap hari ialah hari ayahanda dan bonda kerana setiap hari selepas solat aku akan mendoakan kesejahteraan mereka. Tak perlu kot nak wish-wish kat fb. Bonda saya takde fb so nak buat apa buang tabiat wish mother's day pada ibu yang tak main fb? (hanya pendapat peribadi..just try to think about it a little..) Aku tergerak nak buat kisah bonda ni selepas melihat video matluthfi90 bertajuk ma ma ma ma ma..cukup menyentuh hati dan sarat dengan mesej yang bermakna walaupun ada elemen jenaka turut diselitkan disitu. ;)






Dalam sibuk-sibuk aku menjalankan urusan harian dirumah, kadang-kadang aku mengeluh juga dengan non-stop working ni. Ish..baru buat keje rumah sikit dah mengeluh baiti ni. Masa aku diploma dulu time cuti sem aku hanya duduk dirumah dan buat kerja rumah macam biasa. Aku faham keluarga aku sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Tapi selalu juga aku membebel itu ini sebab kerja jadi berganda kerana kurangnya efisyen dalam pengurusan hal rumah. Maksud aku disiplin tu kurang. Tapi semakin lama aku semakin faham akan situasi yang tak dapat nak dielakkan ni. Pengalaman aku praktikal di Jabatan Mineral dan Geosains yang berdekatan dengan rumah membuat aku tiada masa untuk melayan hal rumah kerana letih sangat. Hmm..baru praktikal..=.="


Aku sangat kagum dengan bonda. Bonda bertubuh kecil dan kesihatannya tidaklah begitu memuaskan. Tapi bonda kelihatan sangat aktif dan cergas menjalani rutin hariannya. Bangun awal pagi menyiapkan sarapan untuk kami (kalau menu berat aku tolong la..kalau tak aku buat kerja lain hehe..) Kemudian ke sekolah untuk mengajar. Tepat jam 11 pagi bonda pulang dan rehat sebentar seterusnya bersedia untuk memasak menu tengahari. Aku bantu apa yang patut dan pelajari apa yang patut gak (untuk masa depan hehe..) Selesai masak bonda terus siap mandi, solat dan bersiap untuk ke sekolah bagi sesi petang pula. Bonda sangat jarang makan nasi selepas dia masak. Selepas kelas petang baru dia makan nasi iaitu selepas jam 6.30 petang. Bagitulah setiap hari. Weekend pula bergantung pada kelapangan. Bonda tak pernah dok diam. Ada-ada saja kerja yang nak dibuat walaupun dia sangat kelapangan dirumah. Belum masuk meeting/seminar sana sini atau pun jemputan kenduri yang tak putus-putus. 


Bonda agak clumsy dalam bab kekemasan tapi sangat cekap memasak. Itu tak dapat nak disangkal lagi sebab saudara-mara atau sesiapa yang pernah merasa masakan bonda akan beri komen yang boleh buat aku bangga jadi anak bonda (bonda yang hebat masak..anaknya masih jauh lagi..~.~) Aku rasa sangat beruntung dan bersyukur sebab walau sesibuk mana pun bonda tetap meluangkan masa untuk memasak bagi mengisi perut kami anak beranak. Aku selalu dengar cerita-cerita dari teman-teman lain yang mana ibu mereka sibuk dengan urusan kerja hingga tiba waktu makan tengahari, pandai-pandai la nak hidup. Bukan la nak kata aku terlalu bergantung pada bonda. Tapi komitmen yang bonda berikan pada keluarga sukar ditandingi. Aku paling susah dapat melihat bonda menangis atau marah-marah. Cukup susah. Seriously I have no idea. Menangis dan marah-marah ni sikap yang amat lumrah dikalangan kaum hawa kan. Mampukah aku dapat jadi setabah dan sekuat bonda jika aku sudah berkeluarga nanti? Cabaran alam rumah tangga zaman kini lebih hebat dari dulu. Persediaan fizikal, mental dan rohani teramatlah penting.   


Dari saat ni aku tak pasti berapa lama lagi aku dapat bersama bonda. Tapi bagi aku setiap saat sangat berharga dan setiap saat bersama bonda takkan aku persia-siakan. Aku tak mahu mengeluh dan membebel tentang itu ini. Setiap masalah ada penyelesaiannya jika kita bersabar dan bertenang. Aku mahu beri yang terbaik dalam segala perkara buat bonda. Aku mahu gembirakan serta meringankan beban bonda. Dalam meniti alam kedewasaan dan alam rumah tangga kelak, mungkin aku tak dapat jadi sehebat bonda tetapi aku tetap akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti jejak langkah bonda dan beliau tetap mnjadi sumber inspirasi buat aku hari ini dan seterusnya. 


Gambar bersama bonda di pantai merdeka untuk family day. Semoga Allah merahmati bonda didunia dan akhirat kelak..amin..;)



Wednesday, January 5, 2011

StaRt OveR,,

Disebabkan letih sangat jadi kali ni aku malas nak taip dalam english sebab ambil masa sikit...maklumlah aku tak suka grammar...jadi kalau buat cepat2 jadi tunggang-langgang ler...mungkin aku selit sikit2 je la..lol
Urmm...tahun baru...semester baru...azam baru...banyak lagi r...semuanya baru..tapi ada jugak yang lama tapi masih maintain..

Tahun ni aku agak kecewa dengan diri aku sendiri...Dimana aku telah lepaskan banyak peluang yang tersedia didepan mata..Selain masa aku yang amat berharga kebanyakannya jadi waste saja..Tak dinafikan ada juga penambahbaikan (kena positif) aku rasa so far dah cuba buat yang terbaik dalam apa jua yang aku dah lakukan..well...yang dah lepas tu biarlah ia berlalu..yang penting apa yang kita nak buat selepas ni..

Kelas pertama aku hadirkan diri kami dah dijamukan dengan tazkirah oleh lecturer..Bagi aku kata2 beliau pada hari tu memang buat aku bersemangat untuk merancang langkah aku seterusnya..tapi aku tak tau la apa akan jadi selepas ni samada aku mampu buat perubahan atau statik ditakuk lama..macam baiti yang dulu jugak..innocent..nerdy..shy..dependence..pointer lepas tengkuk jek..nothing much less...just an ordinary person...(teruknya baiti nih)TT

Banyak perkara yang perlu diperbaiki dan ada juga yang kena start over balik...contohnya fyp aku...uwaaaa...mana tidaknya..sample pokok betik aku berkulat..habis semuanya..silap kami tak jemur kat luar rumah sebab cuaca yang tak menentu..tambahan kami jarang ada dirumah buat latihan memandu..mungkin juga sebab tak berkat kot sebab kami ambil sample pokok betik kat belakang blok HEA tanpa kebenaran..(tapi supervisor kami suruh ambil huhu..) Aku tak menyesal sebab dari kesilapan tu aku akan jadi lebih berhati2 dan cuba tidak mengulangi kesilapan..cuaca sekarang semakin baek berbanding kerap hujan sebelum ni..tapi jika keadaan memaksa kami terpaksa keringkan dalam oven..perjalanan fyp kami masih jauh..tapi kami tak boleh lengahkan masa..setiap saat sangat berharga..bukan setakat fyp je..banyak lagi hal yang aku kena start over balik..especially diri aku sendiri...urmm..

Buat QTI untuk lesen keta baru2 ni..sorang pegawai tu bagitau aku patut get married at 20/12/2012..XD what the? owh..its my DOB..so..senang nak ingat ler kononnya..alamak..macam impossible je tuan...batang idung bakal suami pun tak nampak..apa lagi nak kawin dalam tempoh dua tahun ni..entah ler...InsyaAllah...ada rezeki kawen la...Aku tak putus2 berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang terbaik untuk aku dan family dunia dan akhirat..baru aku sedar 2012 nanti genap umur aku 25 tahun...tapi bila dah masuk bulan 12 ler..lol



Tuesday, December 28, 2010

Our JoUrNeY....PaPaYa Tree....A CaT...DesTiNy

It seems like my new semester a.k.a my final semester about to begins. I went back to "Araustralia" 2 weeks early before the lecture starts. Now there's only me, Ummu & Jannah (classmates, housemates, fyp mates) in the house. Last Sunday we starts with collecting samples. Well.. we never expect its going to be really tough since its only about a papaya tree. Too bad we didn't take any pictures or videos during collecting sample. Trying to remember it sometimes makes me smiled to myself..lol

Walking from our house to our supervisor house quite tiring because her house was inside the campus and can be said "hujung dunia" like we walk a diameter of the campus area. Its hard to believe that there's only one papaya tree near her house and she said the bigger one had been felled because of snakes shelter. T_T What the...I began to miss my home and the 3 papaya trees with their complete set of their parts..arghh..From the papaya tree that we have felled, we only can take the leaves, stems, stem bark, and the root. Its done for Ummu & Jannah but not for me. Still our journey is not end yet.

As we leave our s/v house, a cat following us. We thought the cat just follow for a while but she keeps following. There's nothing we can do than just let her following. Then, we continue our journey. This time we try to seek behind the HEA building if there's any papaya tree. My instinct was right. There is a big papaya tree with complete parts. The tree is quite big and branched. I climbed the tree and we get everything we needed. The cat rest under the tree while watching us pick the buds. Yeay...^_^ btw we really sorry papaya tree for taking your parts..its for our fyp..not for fun..='(

Its time to go back home but the cat still following us. We have decided to bring the cat home and take care of it. Maybe she was meant for us. I called her "luna maya". No idea why i call her that name. The happiness not for long. We came by to a mini market to buy something. We thought the cat will wait for us outside the market. How stupid.. It should be one of us stay outside to look after Luna. The cat missing just like that. Perhaps she following someone because the cat likes to follow anybody she saw. I missed her so much. She has a nice fur, pampered when she lie on my lap and does not gives us any trouble. I hope Luna doing well and meet a good people who can look after her. ='(

As we reached the house we went sleeping because of tired. The drying process begins. Can't wait for the next step.