Wednesday, March 21, 2012

masa aku budak kecik..

Aku masih ingat masa zaman kanak-kanak ribena dulu..Aku membesar didalam keluarga yang sederhana disebuah kawasan perumahan teres. Tapi ia seperti taman perumahan dikawasan kampung didalam bandar. Aku bertuah kerana aku mempunyai ramai kenalan yang rata-ratanya sebaya atau kurang lebih 1-2 tahun. Zaman kanak-kanak biasanya dikaitkan dengan permainan dan makanan ringan. Jujurnya ia sukar dipisahkan dari diri aku ibarat isi dengan kuku..Untuk meninggalkan semua tu memerlukan kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam meniti alam kedewasaan.

Aku bertuah kerana berpeluang merasai nikmat alam kanak-kanak yang hebat Aku dan adik aku berpeluang untuk mencuba pelbagai jenis permainan yang diperkenalkan rakan-rakan. Entah dari mana mereka bawa tapi agak mengejutkan semua permainan yang aku pernah mencuba cukup popular diseluruh negara. Aku merasai hampir segenap jenis permainan dari tradisional hinggalah yang moden. Lebih menarik semua permainan yang kami sertai ini tidak memilih jantina. Kebiasaannya kami main bersama-sama supaya lebih mencabar dan meriah.

Permainan tradisional: Galah panjang, baling selipar, polis entry, sorok-sorok (sorok barang pun ada hehe..), rumah pokok mangga (sayang sangat pokok tu tapi dah kena tebang sebab nak besarkan rumah), rumah longkang, teng teng, cikgu-cikgu, batu seremban (batu kl pun ada..adoi la..), dan lubang tikus.
Sesetengah permainan ada musimnya seperti layang-layang, gasing, guli, badminton, basikal dan main mercun.   


permainan moden: Cyberpet, Counter strike (online game, aku dan  kawan-kawan pergi cybercafe tanpa pengetahuan ibubapa semata-mata nak main game ni hehe..jahatnya aku masa tu), video game dan kereta remote control.

Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak ingat la.Tapi ini kira yang major la.Kadang-kadang kami pergi ke suatu tempat beramai-ramai seperti jogging di lapangan terbang dan pergi pasar malam di taman permainan.Paling jauh kami naik bas free pergi stadium untuk menonton perlawanan bola sepak antara Era fm dengan Suria records.Eh, itu bukan permainan kami! =)

Ada satu permaianan yang amat merbahaya dan memesongkan akidah iaitu permainan spirit( memanggil roh kononnya tapi main dengan syaitan). Biasalah kanak-kanak tidak tahu bezakan yang baik dengan yang buruk kecuali diberitahu oleh yang lebih berpengalaman dalam kehidupan. Aku tidak terlepas dari pengalaman seperti itu. Aku pernah bermain permainan ini dengan sepupu aku secara serius dibawah pokok pada waktu siang. Memang menyeramkan samaada sepupu aku buat helah atau syiling itu memang bergerak dengan sendirinya. Macam-macam kami tanya hingga tiba soalan dia enggan jawab malah enggan menamatkan permainan. Aku gelisah tak terkata hinngga seorang teman memberitahu permainan itu syirik dan harus segera bertaubat nasuha. Mujur belum terlambat. Tapi ada sekumpulan anak muda bermain dengan lebih serius. Mereka bermain disebuah rumah kosong yang gelap dan menitiskan darah masing-masing untuk diletakkan diatas syiling. Nauzubillah..Syukur aku tidak terjebak dan masih berkesempatan untuk bertaubat. 

Dalam banyak-banyak permainan yang kami main, aku lebih rindukan galah panjang. Pernah sekali kami kumpul ramai orang dari lorong lain untuk bermain galah panjang. Itu adalah 'galah terpanjang' pernah aku saksikan. Memang agak sukar dikawal kerana mereka ada pelbagai taktik dan helah yang serba-serbi hingga cetus perbalahan (tapi tiadalah sampai bertumbuk). Tapi keadaan akan kembali normal apabila 'kes' selesai dan permainan diteruskan seperti biasa. Pernah sekali seorang kawan aku terbabas hingga masuk kedalam longkang. Kami cukup risau masa tu sebab dia berlari terlalu laju hendak menangkap lawannya hingga terbabas. Yang anehnya, semasa dia keluar dari longkang tu dia menangis sambil menyalahkan lawannya tak lama selepas itu dia gelak melihat keadaan dirinya. Dia amat bernasib baik kerana kepalanya menjunam tepat-tepat dalam alur longkang yang berpasir tu. Jika tidak mesti 'bocor' kepalanya. Adoi..suspen dibuatnya.

Sekarang semua kanak-kanak itu sudah dewasa membawa haluan masing-masing. Ada juga yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Tradisi kami terhenti begitu sahaja sejak kami semua menjejakkan kaki di sekolah menengah. Bukan langsung tiada kanak-kanak disini tapi masing-masing buat hal sendiri dan lebih selesa duduk dirumah sambil menonton tv. Sayangnya aku tak mungkin dapat melihatnya lagi kecuali menerusi siri animasi Upin & Ipin.Sebenarnya aku berhasrat post benda ni dalam blog selepas tengok siri Upin &n Ipin la.

Disini aku sedar pentingnya mempertahankan tradisi atau budaya yang menjadi identiti masyarakat Malaysia selain ia mengeratkan silaturahim.=)

Friday, January 27, 2012

Apa yang saya rasa....

Baru-baru ni seorang teman sekampus aku telah 'mengepos' satu ayat pada wall fbnya. Ayatnya lebih kurang begini, "sepanjang belajar peringkat degree ni tiada kenangan manis, mungkin ada tapi tak semanis semasa diploma dulu..seronok berada diArau..suasana Arau dan kawan2 diploma sains". Secara jujurnya aku bersetuju dengannya. Apatah lagi aku yang menetap di Arau hampir 6 tahun kerana disanalah aku 'berdiploma' dan disanalah aku 'berdegree'. Jadi aku dapat melihat lebih jelas situasi yang teman aku cuba sampaikan berbanding dia yang menyambung degree di Shah Alam.

Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum". Begitu juga bila masuk alam pendidikan, diploma dan degree merupakan dua level yang berbeza. Semasa diploma masih muda remaja dan semasa degree dah tua bangka hehe..xD 
Ini hanyalah pendapat peribadi aku memandangkan ia berdasarkan apa yang telah aku lalui sepanjang mengambill jurusan diploma dan degree ni. Sebenarnya tiada jauh bezanya aktiviti diploma dan degree. Sama-sama belajar, keluar masuk makmal, pergi lawatan sambil belajar, aktiviti dalam kampus dan sebagainya.  

homestayperlis.blogspot.com


Walau apa jua kami lakukan semasa di peringkat degree, ia takkan sama seperti apa yang aku rasa semasa di peringkat diploma. Bukanlah nak kata semasa peringkat diploma dulu semuanya best-best belaka. Selain banyak pengalaman manis aku tidak terlepas dari seribu satu macam dugaan dan cabaran. Selisih dengan teman-teman (kuliah/hostel), hampir tersungkur dalam pelajaran, hampir terjerat dalam percintaan yang bodoh, 'ditikam' belakang oleh teman sebilik dan hampir ditipu oleh pihak tertentu. Ianya ibarat melalui satu jalan yang licin dan seterusnya tergelincir. Apabila kita melalui jalan tersebut untuk kali kedua, kita akan menjadi lebih berhati-hati. 


Begitulah kehidupan aku semasa diperingkat degree. Dek kerana pengalaman semasa peringkat diploma dulu menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati-hati dalam apa jua yang akan aku lakukan dalam menghadapi sebarang perkara di peringkat degree. Akibatnya aku tidak merasa nikmat kehidupan peringkat degree sepenuhnya. Malahan aku merasakan kurangnya keakraban dengan teman-teman diperingkat degree berbanding diploma (mungkin faktor jarak usia kerana percampuran lulusan diploma dan matriks). Bukanlah hidup diselubungi ketakutan atau fobia cuma pergerakkan aku agak terbatas berbanding sebelumnya. Selain dari itu, aku pasti akan dibayangi akibat untuk setiap perkara yang aku mahu lakukan. Tak kiralah baik atau buruk perkara yang aku mahu lakukan tu. Bagi aku ia bukanlah sesuatu yang membebankan selain aku anggap ia adalah anugerah Ilahi yang sentiasa membimbing aku agar tidak tersasar dari jalanNya.


photoalt7.myblog.it


Tapi aku masih tertanya-tanya tentang satu perkara ni. Jika aku melakukan aktiviti bersama teman-teman diperingkat degree dan aku bergembira, perasaan gembira itu tidaklah sehebat yang aku rasa semasa diperingkat diploma dulu. I laugh and smile but not from the bottom of my heart..  










Saturday, December 3, 2011

Running away? Not!!!!!!

As time running, I was surprised it was already December. I feel like I'm getting 'busier' in my house since the school holiday begins (really?? nahh..I spent my time busy for watching tv). Monsoon season had arrive (people said) but I think its raining almost every single day this year. That's just an obsolete excuse used by parents to avoid bring their kids out for vacation besides saying busy, wedding feast, bla..bla..bla..(what am I babbling about?)

flickr.com


Along the season which looks gloomy and emptiness, I don't feel like letting myself to see or contact with anybody (friends, ex-supervisor, foster family and relatives). Perhaps this is normal to those still unemployed hehe.. Seriously I feel guilty but at the same time I missed them so much (they don't feel the same way..). The reason I'm trying to avoid to see people because some of them the keep asking me the same question whenever we met. I just don't like it and hope they give me some time before I prove it without saying it. 


I have nobody to tell what exactly I want to have or to do. Only Allah knows what I want and He knows whats the best for me. Yet I'm still seeking for it.       


p/s: sambil taip dan tonton cerekarama, aku sedar walau apa jua keadaan aku sekarang aku rasa aku insan paling bertuah dimuka bumi ni. Dia telah berikan aku ibubapa yang terbaik dalam hidup aku. Sehingga kini aku masih memilikinya. Terima kasih ya Allah..;)

Friday, November 11, 2011

SATU arah, DUA landasan

clker.com
 Sejak aku tamat pengajian, aku cukup bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dengan harapan dapat memiliki kerjaya yang baik dan seterusnya kehidupan yang lebih baik. Tapi sehingga kini tiada perubahan yang berlaku pada aku. Seolah-olah langkah aku terhenti macam tu je. Mungkin ada kesilapan yang aku tak sedari hingga kini yang menyebabkan aku masih berada disini. 

Aku hanya ada duaorang yang paling aku percayai dan harapkan untuk beri aku panduan dalam melangkah kehadapan. Iaitu ayah aku yang sudah berpengalaman menghadapi kerenah dunia hingga lebih setengah abad dan amat mengenali sifat anakandanya ini. Seorang lagi bekas supervisor aku yang merupakan seorang guru yang baik dan berpengalaman dalam bidang kerjaya profesional (kerjaya yang seharusnya aku terokai selepas menerima ijazah). 

Kedua-duanya sangat membantu tetapi cara mereka berbeza dan tak mungkin aku dapat lakukan kedua-duanya serentak. Ia ibarat magnet yang berlainan kutub. Aku benar-benar dalam dilema. Walaubagaimanapun aku sentiasa berdoa padaNya agar diberi petunjuk serta dipermudahkan segala urusan. Tapi nasib aku takkan berubah sekiranya aku hanya duduk menunggu bulan jatuh dari langit.

nature.desktopnexus.com

 Ayah aku meminta aku untuk bersabar selain cuba mohon pekerjaan dalam negeri atau lebih baik paling hampir dengan rumah. Sementara bekas supervisor aku minta aku menyiapkan proposal selain cuba mohon kerjaya yang mencabar dan tidak memilih tempat kerja. Jika nak dibandingkan ayah aku lebih bersifat berhati-hati serta berserah padaNya manakala bekas supervisor aku pula lebih bersifat realistik dan 'pushy'. Setakat ni aku memang tidak memilih kerjaya dan tempat asalkan sedikit sebanyak aku dapat praktikkan apa yang aku pelajari selama ini. Rezeki datang dari Allah jadi seharusnya kita bersangka baik denganNya. Mungkin aku perlu tunggu sedikit masa lagi sementara persiapkan diri dalam menghadapi dunia pekerjaan dan mungkin juga alam rumah tangga (insyaAllah..). Jadi aku takkan lepaskan apa jua peluang yang tersedia didepan mata walaupun ianya ringkas kerana mungkin ada kepentingannya dimasa depan. 


 Aku seharusnya positif sepanjang masa supaya aku tetap terus langkah kehadapan walaupun sedikit demi sedikit.Lepas tulis blog ni baru aku sedar yang kedua-duanya penting antara satu sama lain. Ini kerana akhirnya aku yang harus tentukan apa yang terbaik untuk aku. =)   

 

Wednesday, November 2, 2011

PenTaS iTu..

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we're gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won't be coming back
No more hanging out cause we're on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don't have another day

(Graduation by Vitamin C)


Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya yang tak terhingga. Pada 22hb Oktober 2011(24 Zulkaedah 1432H) secara rasminya aku adalah graduan Ijazah Sarjana Muda. Sehingga kini aku masih berasa tidak menyangka dengan apa yang aku miliki. Walaupun aku tidak dapat mencapai sasaran untuk mendapat kelas pertama atau ANC tapi aku tetap berbangga dengan apa yang telah aku usahakan. Namun sedikit dukacita kerana aku tidak dapat meneruskan perjuangan aku keperingkat yang lebih tinggi atas sebab-sebab tertentu. Aku redha dan yakin pasti ada sesuatu yang lebih baik menanti dihadapan jika aku bersabar dan terus berusaha.





Bercerita tentang graduation ni aku ingin imbas kembali apa yang telah aku lalui sepanjang menuntut ilmu sejak sekolah rendah lagi.Aku selalu melihat acara penyampaian anugerah/hadiah dipentas sekolah dan universiti (akademik,sukan dan lain-lain yang wajar diberi pengiktirafan). Setiap kali berlangsungnya penyampaian aku pasti akan berhajat "sekurang-kurangnya dapat merasa naik ke pentas itu sekali pun jadilah". Dengan izinNya aku ditakdirkan merasa naik pentas sekali disetiap tempat aku menuntut ilmu sejak sekolah rendah. (eleh..orang lain naik berkali-kali tak heran pown..;P)








Bukanlah nak berbangga atau seangkatan dengannya tapi bagi aku ia salah satu cara aku motivasikan diri aku untuk berusaha ke arah itu dan seterusnya tawakkal padaNya kerana Dia yang menentukan segalaNya. Diluar sana lebih ramai yang jauh lebih baik dari aku tapi aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk merasa pengalaman berharga seperti ini. Apa yang penting seharusnya kita jadi lebih baik pada hari-hari mendatang. InsyaAllah..;)