Hari ni hari Khamis tp aku tak ingat tarikh..selalunya aku tak ambil pusing tentang tarikh kecuali bila ada sesuatu perlu diingati termasuk tarikhnya jadi sekurang-kurangnya aku ada pasang 'alarm'. Hari ni hujan turun dengan lebatnya tapi hanya untuk seketika. Hujan yang pertama sejak 2 minggu tidak hujan disini (Ipoh) tambahan jerebu sedang melanda hampir keseluruhan semenanjung Malaysia. Alhamdulillah berkat doa yang tidak putus-putus dari umat manusia disegenap penjuru mohon limpahan rahmat dariNya. Sekurang-kurangnya kuranglah sedikit perncemaran udara. Terasa baru dapat hirup udara segar sejak sekian lama huhu..
Suasana buat aku rasa sedikit suram dan sepi. Aku keseorangan didalam rumah ditemani Neko-Chan (kucing orang yang selalu datang rumah ni). Suka hati aku je bagi gelaran macam tu hehe..Baru-baru ni aku menonton siri anime honey and clover complete season I & II. Sebenarnya ini kali ketiga aku menonton siri tu tapi yang kali ketiga ni baru aku dapat tengok episod akhir musim ke-2 tu. Bagi aku ini adalah anime terbaik pernah aku tonton. Ceritanya tak merapu macam kebanyakkan anime tapi aku rasa seperti sedang menonton perjalanan hidup seseorang. Terasa begitu 'live' sampai banyak kali juga aku berair mata. Aku memang salute pada penulis cerita ni. Watak Takemoto Yuuta paling aku suka. Sedikit sebanyak watak itu ada dalam diri aku. Ceritanya agak santai dan penuh humor semasa musim pertama kemudian ia semakin kompleks pada musim kedua tapi banyak mesej tersirat. Malah aku ambil masa menonton sebanyak 3 kali baru aku faham matlamat jalan cerita ni. Drama ni ada versi live-action malah ada 2 hours movie tapi aku lebih suka animasinya sebab ia complete.
Walaupun aku telah selesai menonton siri animasi ni tapi fikiran aku tetiba jadi serabut dengan seribu satu persoalan, impian dan penyesalan. Malah aku selalu dibayangi memori silam dan ia terus bermain seperti menonton wayang tanpa henti. Sejak dari itu aku sering dekatkan diri pada Ilahi. Sekurang-kurangnya dengan mengingatiNya disaat aku jadi gelisah. Dengan cara itu aku dapat kembali ketenangan. Selepas itu, aku akan teruskan kehidupan seperti biasa disamping mengejar impian iaitu kebahagiaan & kemenangan didunia dan diakhirat kelak..^_^