Hmm..agak lama aku tinggalkan blog aku ni. Bukan takde masa tapi idea nak diketengahkan tu macam tak seberapa. Lagipun bukannya ramai pengikut blog aku. So, aku decide nak update blog lepas final exam. Selesai exam aku fokus pada final year project (fyp) dari draf hinggalah persediaan untuk presentation. Aku tak mahu ulas pasal fyp kat chapter ni. Tak best pun. Urmm..dari mana nak mula ye.. Pada hari selasa (17/05/2011) aku teruja sangat bila mak ayah aku nak mai ambil aku kat Arau. Mereka bermalam di Kangar Hotel betul-betul atas restoran KFC. Bak kata ayah, nak beli kfc hulur bakul dari tingkat atas jek hehe..tapi tak beli pun..xD
Pendekkan cerita esoknya kami berangkat pulang ke ipoh. Aku memang teruja sangat nak sampai rumah. Tapi bila masuk je dalam rumah..O.O OMG!! rumah ke gudang. Adoi..macam tongkang pecah. Actually aku dah boleh bajet keadaan rumah sebaik aku jejakkan kaki dimuka pintu. Malam tu dah la letih sangat. Tiba-taba datang pula anak kawan sekolah ayahanada dan bonda. Ada la urusan yang aku memang tak mau ambil tahu sangat. Tepat jam 12 kami semua terus tidur.
Keesokkannya bermulalah kehidupan ala cinderella (yang agak kesian). Setiap urusan yang aku lakukan dibuat secara beransur-ansur. Disebabkan aku berseorangan dirumah pada siang hari maka kerja aku berjalan dengan lancar tanpa ada gangguan. Pun begitu kadang kala aku megeluh jugak sebab kerja yang tak pernah habis.
Sebenarnya yang aku nak highlightkan disini ialah bonda aku. Yup..this year mother's day dah beberapa minggu berlalu. Tapi aku tak meraikan pun sebab bagi aku setiap hari ialah hari ayahanda dan bonda kerana setiap hari selepas solat aku akan mendoakan kesejahteraan mereka. Tak perlu kot nak wish-wish kat fb. Bonda saya takde fb so nak buat apa buang tabiat wish mother's day pada ibu yang tak main fb? (hanya pendapat peribadi..just try to think about it a little..) Aku tergerak nak buat kisah bonda ni selepas melihat video matluthfi90 bertajuk ma ma ma ma ma..cukup menyentuh hati dan sarat dengan mesej yang bermakna walaupun ada elemen jenaka turut diselitkan disitu. ;)
Dalam sibuk-sibuk aku menjalankan urusan harian dirumah, kadang-kadang aku mengeluh juga dengan non-stop working ni. Ish..baru buat keje rumah sikit dah mengeluh baiti ni. Masa aku diploma dulu time cuti sem aku hanya duduk dirumah dan buat kerja rumah macam biasa. Aku faham keluarga aku sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Tapi selalu juga aku membebel itu ini sebab kerja jadi berganda kerana kurangnya efisyen dalam pengurusan hal rumah. Maksud aku disiplin tu kurang. Tapi semakin lama aku semakin faham akan situasi yang tak dapat nak dielakkan ni. Pengalaman aku praktikal di Jabatan Mineral dan Geosains yang berdekatan dengan rumah membuat aku tiada masa untuk melayan hal rumah kerana letih sangat. Hmm..baru praktikal..=.="
Aku sangat kagum dengan bonda. Bonda bertubuh kecil dan kesihatannya tidaklah begitu memuaskan. Tapi bonda kelihatan sangat aktif dan cergas menjalani rutin hariannya. Bangun awal pagi menyiapkan sarapan untuk kami (kalau menu berat aku tolong la..kalau tak aku buat kerja lain hehe..) Kemudian ke sekolah untuk mengajar. Tepat jam 11 pagi bonda pulang dan rehat sebentar seterusnya bersedia untuk memasak menu tengahari. Aku bantu apa yang patut dan pelajari apa yang patut gak (untuk masa depan hehe..) Selesai masak bonda terus siap mandi, solat dan bersiap untuk ke sekolah bagi sesi petang pula. Bonda sangat jarang makan nasi selepas dia masak. Selepas kelas petang baru dia makan nasi iaitu selepas jam 6.30 petang. Bagitulah setiap hari. Weekend pula bergantung pada kelapangan. Bonda tak pernah dok diam. Ada-ada saja kerja yang nak dibuat walaupun dia sangat kelapangan dirumah. Belum masuk meeting/seminar sana sini atau pun jemputan kenduri yang tak putus-putus.
Bonda agak clumsy dalam bab kekemasan tapi sangat cekap memasak. Itu tak dapat nak disangkal lagi sebab saudara-mara atau sesiapa yang pernah merasa masakan bonda akan beri komen yang boleh buat aku bangga jadi anak bonda (bonda yang hebat masak..anaknya masih jauh lagi..~.~) Aku rasa sangat beruntung dan bersyukur sebab walau sesibuk mana pun bonda tetap meluangkan masa untuk memasak bagi mengisi perut kami anak beranak. Aku selalu dengar cerita-cerita dari teman-teman lain yang mana ibu mereka sibuk dengan urusan kerja hingga tiba waktu makan tengahari, pandai-pandai la nak hidup. Bukan la nak kata aku terlalu bergantung pada bonda. Tapi komitmen yang bonda berikan pada keluarga sukar ditandingi. Aku paling susah dapat melihat bonda menangis atau marah-marah. Cukup susah. Seriously I have no idea. Menangis dan marah-marah ni sikap yang amat lumrah dikalangan kaum hawa kan. Mampukah aku dapat jadi setabah dan sekuat bonda jika aku sudah berkeluarga nanti? Cabaran alam rumah tangga zaman kini lebih hebat dari dulu. Persediaan fizikal, mental dan rohani teramatlah penting.
Dari saat ni aku tak pasti berapa lama lagi aku dapat bersama bonda. Tapi bagi aku setiap saat sangat berharga dan setiap saat bersama bonda takkan aku persia-siakan. Aku tak mahu mengeluh dan membebel tentang itu ini. Setiap masalah ada penyelesaiannya jika kita bersabar dan bertenang. Aku mahu beri yang terbaik dalam segala perkara buat bonda. Aku mahu gembirakan serta meringankan beban bonda. Dalam meniti alam kedewasaan dan alam rumah tangga kelak, mungkin aku tak dapat jadi sehebat bonda tetapi aku tetap akan cuba sedaya upaya untuk mengikuti jejak langkah bonda dan beliau tetap mnjadi sumber inspirasi buat aku hari ini dan seterusnya.
Gambar bersama bonda di pantai merdeka untuk family day. Semoga Allah merahmati bonda didunia dan akhirat kelak..amin..;)