![]() |
clker.com |
Sejak aku tamat pengajian, aku cukup bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang seterusnya dengan harapan dapat memiliki kerjaya yang baik dan seterusnya kehidupan yang lebih baik. Tapi sehingga kini tiada perubahan yang berlaku pada aku. Seolah-olah langkah aku terhenti macam tu je. Mungkin ada kesilapan yang aku tak sedari hingga kini yang menyebabkan aku masih berada disini.
Aku hanya ada duaorang yang paling aku percayai dan harapkan untuk beri aku panduan dalam melangkah kehadapan. Iaitu ayah aku yang sudah berpengalaman menghadapi kerenah dunia hingga lebih setengah abad dan amat mengenali sifat anakandanya ini. Seorang lagi bekas supervisor aku yang merupakan seorang guru yang baik dan berpengalaman dalam bidang kerjaya profesional (kerjaya yang seharusnya aku terokai selepas menerima ijazah).
Kedua-duanya sangat membantu tetapi cara mereka berbeza dan tak mungkin aku dapat lakukan kedua-duanya serentak. Ia ibarat magnet yang berlainan kutub. Aku benar-benar dalam dilema. Walaubagaimanapun aku sentiasa berdoa padaNya agar diberi petunjuk serta dipermudahkan segala urusan. Tapi nasib aku takkan berubah sekiranya aku hanya duduk menunggu bulan jatuh dari langit.
![]() |
nature.desktopnexus.com |
Ayah aku meminta aku untuk bersabar selain cuba mohon pekerjaan dalam negeri atau lebih baik paling hampir dengan rumah. Sementara bekas supervisor aku minta aku menyiapkan proposal selain cuba mohon kerjaya yang mencabar dan tidak memilih tempat kerja. Jika nak dibandingkan ayah aku lebih bersifat berhati-hati serta berserah padaNya manakala bekas supervisor aku pula lebih bersifat realistik dan 'pushy'. Setakat ni aku memang tidak memilih kerjaya dan tempat asalkan sedikit sebanyak aku dapat praktikkan apa yang aku pelajari selama ini. Rezeki datang dari Allah jadi seharusnya kita bersangka baik denganNya. Mungkin aku perlu tunggu sedikit masa lagi sementara persiapkan diri dalam menghadapi dunia pekerjaan dan mungkin juga alam rumah tangga (insyaAllah..). Jadi aku takkan lepaskan apa jua peluang yang tersedia didepan mata walaupun ianya ringkas kerana mungkin ada kepentingannya dimasa depan.
Aku seharusnya positif sepanjang masa supaya aku tetap terus langkah kehadapan walaupun sedikit demi sedikit.Lepas tulis blog ni baru aku sedar yang kedua-duanya penting antara satu sama lain. Ini kerana akhirnya aku yang harus tentukan apa yang terbaik untuk aku. =)