Friday, January 27, 2012

Apa yang saya rasa....

Baru-baru ni seorang teman sekampus aku telah 'mengepos' satu ayat pada wall fbnya. Ayatnya lebih kurang begini, "sepanjang belajar peringkat degree ni tiada kenangan manis, mungkin ada tapi tak semanis semasa diploma dulu..seronok berada diArau..suasana Arau dan kawan2 diploma sains". Secara jujurnya aku bersetuju dengannya. Apatah lagi aku yang menetap di Arau hampir 6 tahun kerana disanalah aku 'berdiploma' dan disanalah aku 'berdegree'. Jadi aku dapat melihat lebih jelas situasi yang teman aku cuba sampaikan berbanding dia yang menyambung degree di Shah Alam.

Bak kata pepatah "masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang harimau mengaum". Begitu juga bila masuk alam pendidikan, diploma dan degree merupakan dua level yang berbeza. Semasa diploma masih muda remaja dan semasa degree dah tua bangka hehe..xD 
Ini hanyalah pendapat peribadi aku memandangkan ia berdasarkan apa yang telah aku lalui sepanjang mengambill jurusan diploma dan degree ni. Sebenarnya tiada jauh bezanya aktiviti diploma dan degree. Sama-sama belajar, keluar masuk makmal, pergi lawatan sambil belajar, aktiviti dalam kampus dan sebagainya.  

homestayperlis.blogspot.com


Walau apa jua kami lakukan semasa di peringkat degree, ia takkan sama seperti apa yang aku rasa semasa di peringkat diploma. Bukanlah nak kata semasa peringkat diploma dulu semuanya best-best belaka. Selain banyak pengalaman manis aku tidak terlepas dari seribu satu macam dugaan dan cabaran. Selisih dengan teman-teman (kuliah/hostel), hampir tersungkur dalam pelajaran, hampir terjerat dalam percintaan yang bodoh, 'ditikam' belakang oleh teman sebilik dan hampir ditipu oleh pihak tertentu. Ianya ibarat melalui satu jalan yang licin dan seterusnya tergelincir. Apabila kita melalui jalan tersebut untuk kali kedua, kita akan menjadi lebih berhati-hati. 


Begitulah kehidupan aku semasa diperingkat degree. Dek kerana pengalaman semasa peringkat diploma dulu menjadikan aku lebih matang dan lebih berhati-hati dalam apa jua yang akan aku lakukan dalam menghadapi sebarang perkara di peringkat degree. Akibatnya aku tidak merasa nikmat kehidupan peringkat degree sepenuhnya. Malahan aku merasakan kurangnya keakraban dengan teman-teman diperingkat degree berbanding diploma (mungkin faktor jarak usia kerana percampuran lulusan diploma dan matriks). Bukanlah hidup diselubungi ketakutan atau fobia cuma pergerakkan aku agak terbatas berbanding sebelumnya. Selain dari itu, aku pasti akan dibayangi akibat untuk setiap perkara yang aku mahu lakukan. Tak kiralah baik atau buruk perkara yang aku mahu lakukan tu. Bagi aku ia bukanlah sesuatu yang membebankan selain aku anggap ia adalah anugerah Ilahi yang sentiasa membimbing aku agar tidak tersasar dari jalanNya.


photoalt7.myblog.it


Tapi aku masih tertanya-tanya tentang satu perkara ni. Jika aku melakukan aktiviti bersama teman-teman diperingkat degree dan aku bergembira, perasaan gembira itu tidaklah sehebat yang aku rasa semasa diperingkat diploma dulu. I laugh and smile but not from the bottom of my heart..