Thursday, June 30, 2011

TanGaN AyaHanDa...;)

Last two weeks I have watched two dramas which links to father’s day. The first telemovie titled ‘Sayang Abah’  http://jiwang.net/2011/telemovie-sayaaaang-abah-2011/  was aired on Astro prima and the second drama titled ‘Tangan Bapa’ was aired in TV2. Both dramas were unique with their own storylines. I don’t have to explain about the drama but I can guarantee that they are good. Of course when we talk about father there should have son, daughter or both in the story. What’s about? There’s love, courage, sacrifice, lesson, hurts, tears and so on. Between the two story, I admit that the ‘Sayang Abah’ has made my tears draining. Meanwhile the ‘Tangan Bapa’ have their valueable lesson which have some connections with my life.


It’s about me and my ayahanda(father), Syed Hashim b. Syed Abu Bakar. I’m so proud to have him as my ayahanda. Yet, I’m so grateful he still alive, healthy and live happily with my bonda. Thank you Allah for the priceless gift. Ayahanda is a former post-man. Now, he worked as a headmaster at S.R.A.R Al-Rahmaniah at my residential areas. My ayahanda is quite well known by people around the place he live and not too much if I said most people respect him as a person called ustaz/ imam surau. However, my ayahanda always stay humble and tried his best helping people who need his help. At the school, most of his students scared of him because he is quite firm but among others (relatives,friends,neighbours), they think that my ayahanda is a humourous and slightly hot-tempered. Honestly, my ayahanda is my bestfriend ever in the world. He always listen to my story/problem also I’m the most pampered with him haha..xD

My ayahanda is a strict person towards his children. When I was a kid, I always ask myself “Why ayahanda so ‘garang’?”; “Why he always say ‘tak boleh’ to do or to have something?” ; “Why he strictly forcing us to ‘sembahyang’, ‘baca Al-Quran’(in front of him every evening before went out to play), and ‘hafal surah-surah Muqaddam’”. Actually there’s more but these are several of my top questions. After I entered to UiTM, I realized I found all the answers for all my questions. When I had an Industrial training at Jabatan Mineral & Geosains (JMG), my supervisor told me that he felt so worried about kids nowadays. Most of them ‘tak berapa menjadi’ which means social problem(the major ones). He said to me “kamu bertuah sebab dah jadi orang”. On that time I realized my parent did it. When I was a kid, I made all the good deed because of my ayahanda but as time passes it changed. I always keep in my mind that I did everything because of Allah. Alhamdulillah everything went well but still, I always seek for the best and keep improving myself to be a better person.InsyaAllah..

That’s how ‘Tangan Ayahanda’ did to me and my siblings. He trained us very strict but he never forgets to give his love and courage. He give us more than what we need in this world. Now, we all have grown up. It’s up to us how are we going to face the real challenge in life. Ayahanda can’t promise wealth, happiness and long-live life but as long as we follow his advice and all the knowledge(world & hereafter) he gave to us it will provide us a better life. InsyaAllah.. Ayahanda always reminds me this each time before we ends our phone conversation, “sembahyang jangan tinggal!!”. xD  



Ayahanda..may Allah bless you always. Stay healthy & live happiness in this world and hereafter. May all ayahanda’s best wishes comes true..I love you Ayahanda..=)      

Monday, June 6, 2011

opps....salah kenduri??

Hidup mestilah rukun..
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu..
Oh..oh..oh.. xD
(selamat pengantin baru by saloma)


Hujung minggu ni sudah genap seminggu cuti sekolah berlalu. Masih ada lagi seminggu sebelum sekolah dibuka semula. Menjelang cuti sekolah dua minggu ni ramai orang buat perancangan. Masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri. Ada yang pergi melancong, ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang nak jalan-jalan dengan 'ehem-ehem' dan ada juga yang  nak lepak je dirumah. Tidak dilupakan 'hot event' yang wajib ada setiap kali cuti sekolah tiba iaitu majlis perkahwinan@ kenduri@ jamu nasi minyak@ menikoh dan macam-macam lagi la yang membawa maksud yang sama iaitu meraikan penyatuan dua jiwa yang saling menyintai antara satu sama lain. ewahh...xD

jewelry-shoes-clothing.com

Setiap majlis perkahwinan ada kisah, ragam dan sejarahnya tersendiri. Dari bab persiapan pengantin hinggalah ke meja makan. Ada saja ceritanya. Perkahwinan kakak saya yang juga majlis perkahwinan yang pertama dirumah dua tahun lalu antara majlis yang boleh dikatakan success la. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar atas bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Paling penting para tetamu yang hadir kenyang dan senang hati hehe..

Cuti sekolah dua minggu je tapi dirumah kami kad jemputan walimatul urus bertingkat mengalahkan surat bil (telekom,bb,astro,cc dll). Ish2..itu baru 2 minggu cuti sekolah. Ada yang buat dirumah, didewan, lebih eksklusif kat hotel, Yang banyak duit orang sekarang buat majlis perkahwinan ala-ala dalam taman dan macam-macam lagilah huhu..Selain tempat yang berbeza, masa juga menjadi taruhan. Kebiasaannya dibuat pada sebelah siang. Ada juga majlis yang berlangsung pada sebelah malam. (dalam kes ni mungkin ada yang nak buat kelainan dan ada juga mungkin berdepan dengan masalah teknikal seperti tempahan dewan)

Ok..cukuplah briefing haha..Nak dijadikan cerita baru-baru ini ayahanda dan bonda mempunyai dua undangan walimatul urus anak kepada sahabat handai dari dua tempat yang berbeza tapi tak jauh. Selesai undangan pertama mereka ke undangan kedua. Jika undangan pertama berlangsung dirumah manakala undangan kedua pula berlangsung didewan. Tiba didewan bonda merasa hairan kerana dia tidak mengenali seorang pun tetamu disitu. Datanglah seseorang menjemput ayahanda dan bonda menjamu selera. Mungkin dia nampak ayahanda dan bonda terkebil-kebil setibanya dipintu dewan. Bonda hanya minum kerana kekenyangan manakala ayahanda tidak mahu melepaskan peluang menjamu selera memandangkan menunya agak menarik. Selesai menjamu selera bonda tekad mahu menemui tuan rumah. Alangkah terkejutnya bonda bila mendapati tuan rumah itu bukanlah sahabat mereka tetapi orang lain yang turut menyewa dewan tersebut. Mujurlah tuan rumah itu memahami dan tidak kisah atas kehadiran ayahanda dan bonda. Jadi, dimanakah sebenarnya kenduri sahabat mereka?  
walimatuna.wordpress.com


"Ce tengok balik kad tu..kot dema buat kat ghomoh (rumah) ke?" soal bonda. Ayahanda check semula kad tersebut dan mendapati tarikh dan tempatnya sudah betul tetapi...... "la..kenduri tu sebelah MALAM!!!" Masing-masing terkedu dan berasa cuit hati dengan apa yang berlaku. Pun begitu, mereka tidak dapat menghadirkan diri kenduri yang berlangsung pada sebelah malam itu kerana hujan lebat selain bonda kurang sihat. Alahai..kasihan ayahanda dan bonda. Banyak sangat kad undangan yang diterima jadi memang tiada masa la nak semak satu persatu ayat semua kad undangan. Silap tuan rumah yang mengundang juga kerana tidak mengingatkan kenduri tersebut berlangsung pada sebelah malam. Sudah jadi kebiasaan kenduri berlangsung disebelah siang. Sejak peristiwa tersebut bonda mengingatkan supaya melihat waktu berlangsungnya majlis perkahwinan apabila menerima kad undangan. 

Moral of the story, bila nak attend kenduri sila la pandang-pandang..belek-belek..kad jemputan tersebut. Paling utama nama yang menjemputnya selain tempat, tarikh dan...... MASA..xD Pastinya ini menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan oleh ayahanda dan bonda...=)  Wassalam..     

bunga telur kenduri kakak..=D