Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu..
Oh..oh..oh.. xD
(selamat pengantin baru by saloma)
(selamat pengantin baru by saloma)
Hujung minggu ni sudah genap seminggu cuti sekolah berlalu. Masih ada lagi seminggu sebelum sekolah dibuka semula. Menjelang cuti sekolah dua minggu ni ramai orang buat perancangan. Masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri. Ada yang pergi melancong, ada yang pulang ke kampung halaman, ada yang nak jalan-jalan dengan 'ehem-ehem' dan ada juga yang nak lepak je dirumah. Tidak dilupakan 'hot event' yang wajib ada setiap kali cuti sekolah tiba iaitu majlis perkahwinan@ kenduri@ jamu nasi minyak@ menikoh dan macam-macam lagi la yang membawa maksud yang sama iaitu meraikan penyatuan dua jiwa yang saling menyintai antara satu sama lain. ewahh...xD
![]() |
| jewelry-shoes-clothing.com |
Setiap majlis perkahwinan ada kisah, ragam dan sejarahnya tersendiri. Dari bab persiapan pengantin hinggalah ke meja makan. Ada saja ceritanya. Perkahwinan kakak saya yang juga majlis perkahwinan yang pertama dirumah dua tahun lalu antara majlis yang boleh dikatakan success la. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar atas bantuan saudara-mara dan jiran tetangga. Paling penting para tetamu yang hadir kenyang dan senang hati hehe..
Cuti sekolah dua minggu je tapi dirumah kami kad jemputan walimatul urus bertingkat mengalahkan surat bil (telekom,bb,astro,cc dll). Ish2..itu baru 2 minggu cuti sekolah. Ada yang buat dirumah, didewan, lebih eksklusif kat hotel, Yang banyak duit orang sekarang buat majlis perkahwinan ala-ala dalam taman dan macam-macam lagilah huhu..Selain tempat yang berbeza, masa juga menjadi taruhan. Kebiasaannya dibuat pada sebelah siang. Ada juga majlis yang berlangsung pada sebelah malam. (dalam kes ni mungkin ada yang nak buat kelainan dan ada juga mungkin berdepan dengan masalah teknikal seperti tempahan dewan)
Ok..cukuplah briefing haha..Nak dijadikan cerita baru-baru ini ayahanda dan bonda mempunyai dua undangan walimatul urus anak kepada sahabat handai dari dua tempat yang berbeza tapi tak jauh. Selesai undangan pertama mereka ke undangan kedua. Jika undangan pertama berlangsung dirumah manakala undangan kedua pula berlangsung didewan. Tiba didewan bonda merasa hairan kerana dia tidak mengenali seorang pun tetamu disitu. Datanglah seseorang menjemput ayahanda dan bonda menjamu selera. Mungkin dia nampak ayahanda dan bonda terkebil-kebil setibanya dipintu dewan. Bonda hanya minum kerana kekenyangan manakala ayahanda tidak mahu melepaskan peluang menjamu selera memandangkan menunya agak menarik. Selesai menjamu selera bonda tekad mahu menemui tuan rumah. Alangkah terkejutnya bonda bila mendapati tuan rumah itu bukanlah sahabat mereka tetapi orang lain yang turut menyewa dewan tersebut. Mujurlah tuan rumah itu memahami dan tidak kisah atas kehadiran ayahanda dan bonda. Jadi, dimanakah sebenarnya kenduri sahabat mereka?
![]() |
| walimatuna.wordpress.com |
"Ce tengok balik kad tu..kot dema buat kat ghomoh (rumah) ke?" soal bonda. Ayahanda check semula kad tersebut dan mendapati tarikh dan tempatnya sudah betul tetapi...... "la..kenduri tu sebelah MALAM!!!" Masing-masing terkedu dan berasa cuit hati dengan apa yang berlaku. Pun begitu, mereka tidak dapat menghadirkan diri kenduri yang berlangsung pada sebelah malam itu kerana hujan lebat selain bonda kurang sihat. Alahai..kasihan ayahanda dan bonda. Banyak sangat kad undangan yang diterima jadi memang tiada masa la nak semak satu persatu ayat semua kad undangan. Silap tuan rumah yang mengundang juga kerana tidak mengingatkan kenduri tersebut berlangsung pada sebelah malam. Sudah jadi kebiasaan kenduri berlangsung disebelah siang. Sejak peristiwa tersebut bonda mengingatkan supaya melihat waktu berlangsungnya majlis perkahwinan apabila menerima kad undangan.
Moral of the story, bila nak attend kenduri sila la pandang-pandang..belek-belek..kad jemputan tersebut. Paling utama nama yang menjemputnya selain tempat, tarikh dan...... MASA..xD Pastinya ini menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan oleh ayahanda dan bonda...=) Wassalam..
| bunga telur kenduri kakak..=D |


No comments:
Post a Comment