Ya Allah..
kupanjatkan kesyukuran padaMu atas limpah kurnia dariMU..
pada tahun ini Ramadhan datang lagi membawa barakah dengan izinMu..
bulan yang dinanti-nantikan oleh para hambaMu yang ingin mencari keberkatan dan keredhaan dari MU..
1 Ogos 2011(1 Ramadhan 1432H)
Hari isnin ni posa?? urmm..beberapa hari menjelang Ramadhan Al-Mubarak ni aku tengok macam-macam post dan respon di facebook. Kebanyakkannya tak sabar-sabar nak menyambutnya. Syukurlah. Lain pula ceritanya dengan budak-budak kecik dimana belum masuk puasa lagi dah berdentam-dentum bunyi mercun..alahai..=.=””
Pada hari jumaat ni, hujan turun dengan lebatnya menjelang subuh membawa seribu rahmat seolah-olah menyampaikan khabar gembira bagi menyambut kedatangan Ramadhan kali ini. Kali ini aku rasa sungguh bersemangat untuk menyambut Ramadhan. Seperti baru pertama kali ingin merasa nikmat Ramadhan.
Ramadhan kali ini amat bermakna buat aku. Aku tak ingat bila kali terakhir aku menyambut Ramadhan yang pertama disamping keluarga tersayang. Jadi aku nak ambil peluang manfaatkan Ramadhan yang pertama kali ini disisi ayahanda dan bonda. Bagitu juga dengan solat terawikh dan luangkan lebih masa dengan membaca dan menghayati Al-Quran. Memandangkan aku kini punyai lebih banyak masa sebelum memulakan kehidupan baru nanti. Ak tidak mahu sia-siakan Ramadhan kali ini. Banyak juga planning aku sebenarnya tapi aku akan cuba laksanakannya secara beransur-ansur.
Harapan aku semoga Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih meriah. Paling penting mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya..Bonus impian semua iaitu MALAM LAILATULQADAR..InsyaAllah..;)
![]() |
izoblog.com |