Thursday, July 7, 2011

Its worthwhile if you be good to others..=)

Pepatah ada mengatakan "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Ayat demikian bermaksud jika nak berbuat kebaikan pun biarlah kena pada tempatnya. Tetapi langsung tiada ruang untuk kita berbuat kejahatan. Walaubagaimanapun, kita hanya manusia biasa tak dapat lari dari kesilapan seperti berbuat jahat. Bezanya ada yang bertaubat/ berusaha memperbaiki kesilapan tersebut dan ada yang buat tak endah saja. Sekiranya kita terbuat salah, tak rugi jika kita minta maaf dan cuba sedaya-upaya untuk mengelak ia dari berulang. Ada kalanya kita tidak sedari kesalahan yang kita lakukan jika tidak ditegur oleh seseorang. Tapi jika dah ditegur masih rasa dia saja yang betul maka tiada apa yang dapat dilakukan.

Ayahanda selalu berpesan "Tak rugi jike kita berbuat baik pada orang dan jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain." Dulu semasa aku sekolah rendah, aku saksikan sendiri apa yang ayahanda dan bonda lalui. Segala pahit manis ditempuhi namun mereka tak pernah lekang dari prinsip ini. Ayahanda sukar menolak permintaan orang yang meminta pertolongan darinya. Bonda pula terlalu baik dengan semua orang hingga layan tetamu yang bertandang kerumah seperti melayan VVIP walaupun hanya jiran sebelah. Malangnya, mereka diuji dengan pelbagai dugaan terutamanya sepanjang mengendalikan sekolah yang kadang-kadang aku hampir menangis dan hampir menyimpan dendam kesumat mengenangkan segala penghinaan,penindasan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh segelintir pihak terhadap ayahanda dan bonda bagi menjatuhkan sekolah yang diterajui oleh ayahanda dan bonda. Ayahanda dan bonda tidak melatah sebaliknya mereka menghadapinya dengan kesabaran dan senyuman. Jauh sekali menyimpan niat untuk membalas dendam.

Kini, walaupun hidup kami cukup sekadar menampung keperluan (bagi aku ia lebih dari mencukupi) tetapi aku berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh ayahanda dan bonda. Sekolah yang mereka kendalikan berkembang pesat serta menjadi tumpuan para ibubapa yang mementingkan didikan agama yang khusus buat anak-anak mereka. Ayahanda manjadi seorang yang dihormati dan disegani. Bonda pula disayangi dan disenangi oleh semua orang yang mengenalinya. Bagi membalas jasa ayahanda dan bonda, banyak pihak yang sudi menghulurkan bantuan/sedekah bagi membangunkan sekolah tersebut.

Bila diingati semula terasa seperti segalanya berlaku dengan pantas.Apa jua kebaikan yang dilakukan serta kemungkaran yang dielakkan hanya kerana Allah. Kuasa Allah menentukan segalanya.Baik dibalas baik,buruk dibalas buruk. Bezanya cepat atau lambat sahaja. Nasihat ayahanda itu akan menjadi pegangan anakanda sampai bila-bila. InsyaAllah..

brilee726.tumblr.com

Sebenarnya aku tergerak untuk ceritakan kisah ayahanda dan bonda ini kerana aku sedang menyaksikan "ganjaran" yang sedang diterima oleh seorang teman dek kerana kesilapannya yang memakan diri sendiri. Teman-temannya yang lain cuba mengelak berurusan dengannya atas sebab segala tindakanya yang telah menyinggung perasaan mereka. Secara tidak langsung aku juga menerima sedikit tempias huhu. Dia seorang yang baik hati tetapi seperti yang aku katakan, kita manusia biasa tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Jika 1 lawan 1 mungkin kita boleh  kata salah seorang darinya bermasalah. Tetapi jika 10 lawan 1, jelas yang bermasalah ialah yang 1 ni. Apa boleh buat jika teguran tidak mahu diambil secara positif. Terima sahaja apa saja implikasi seterusnya. Ragam manusia memang tiada batasnya. Semoga temanku ini segera sedar dari kesilapannya itu sebelum ia memakan dirinya sendiri kelak. 

No comments:

Post a Comment